tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musafir | orang yg masih dlm perjalanan; pengembara. bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkonvoi | berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dgn menaiki sekumpulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjalanan | 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singgah | berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negaranegara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sampan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalanan di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjalanan | 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~ minyak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjalanan | 1. hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~nya ke sekolah tadi. 2. cara berjalan (bergerak):Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3. aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. | Kamus Pelajar |
elaun perjalanan | elaun utk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yg menjalankan tugas rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elaun hitungan batu | elaun perjalanan yg dikira mengikut jauh perjalanan (dgn kereta); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesani | menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |