Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permulaannya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
awal bermula... pd permulaannya ...;Kamus Dewan Edisi Keempat
berawalada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasal(initialize)1. Menetapkan pemboleh ubah dalam atur cara atau pembilang kepada nilai permulaannya sebelum melakukan pengendalian. 2. Menetapkan peranti pada keadaan asalnya sebelum digunakan.Kamus Komputer
awalmula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
esasatu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu; ~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya; esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
awal1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas