persilangan | 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persilangan | 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persilangan | 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. | Kamus Pelajar |
persilangan | 1 keadaan atau hal bersilang. | Kamus Pelajar |
titik persilangan | (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | persilangan | Kamus Pelajar |
tulang perabung | kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matriks pengekodan(coding matrix) | Matriks yang mengandungi persilangan antara objek dengan kod yang perlu digunakan. | Kamus Komputer |
sudut bertentangan | pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | bentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg disediakan. bersilang yg satu melintangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. menyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-memalang; bersimpang-siur (bkn jalan, kenderaan dll). menyilangi (bkn garisan) melintasi atau memotong garisan lain. menyilangkan meletakkan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. penyilangan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyilangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |