Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.la.ngan]/[per.u.la.ngan] | ڤراولڠن

Definisi : 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.la.ngan]/[per.u.la.ngan] | ڤراولڠن

Definisi : hal berulang(-ulang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perulangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perulanganhal berulang(-ulang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
perulangan1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
perulanganhal berulang(-ulang).Kamus Pelajar
asonansiist perulangan bunyi vokal yg sama atau yg hampir sama dlm kata-kata yg berderet.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulangperulangan hal berulang(-ulang).Kamus Pelajar
asonansiist perulangan bunyi vokal yg sama atau yg hampir sama dlm kata-kata yg berderet.Kamus Pelajar
pergandaan1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya);Kamus Dewan Edisi Keempat
juga1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk me­nunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg me­nolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulangkembali semula; sekali lagi. ~ bicara perbicaraan yg diadakan sekali lagi. (hari) ~ tahun a. hari jadi. b. hari perayaan yg diadakan pd tiap-tiap tahun utk memperingati peristiwa penting (spt hari kemerdekaan). berulang 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. berulang-ulang 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. mengulang 1 melakukan apa-apa yg telah dilakukan sekali lagi: Ia tidak mahu lagi ~ kesalahannya. 2 mempelajari apa-apa yg telah diajarkan sekali lagi: Ia sedang ~ pelajaran sekolahnya. 3 pergi mendapatkan; menziarahi. mengulangi 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. ulangan sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. perulangan hal berulang(-ulang). pengulangan hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ganda I1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas