pengebilan | perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keprofesionalan | kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentarifkan | membuat atau menetapkan tarif utk harga, bayaran bagi sesuatu: Pihaknya sudah selesai ~ semua bayaran bagi perkhidmatan yg disediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertegas | mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arahan bank | (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertunggak | masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uji bakat | proses pemilihan calon dgn melihat dan menilai kebolehannya atau bakatnya dlm bidang seni (lakonan, nyanyian, penyiaran dsb): pihaknya akan menjalankan sesi ~ utk memilih pelakon baru bagi menjayakan drama itu; menguji bakat melakukan uji bakat (biasa-nya ke atas bakal pelakon, penyanyi dsb): P. Ramlee ~ pelakon baru utk watak Marjina dlm filem Ali Baba Bujang Lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-wakalah | konsep perbankan Islam yg merujuk kpd suatu keadaan apabila satu pihak, mis pelanggan menamakan satu pihak yg lain, mis bank utk bertindak bagi pihaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarif | 1 senarai harga atau bayaran yg ditetapkan (utk bilik, makanan dll). 2 (senarai) cukai atas barang-barang yg diimport atau dieksport. mentarifkan membuat atau menetapkan tarif utk harga, bayaran bagi sesuatu: Pihaknya sudah selesai ~ semua bayaran bagi perkhidmatan yg disediakan. pentarifan perihal atau perbuatan mentarifkan: Disebabkan kos penyelenggaraan sudah meningkat, maka ~ semula terhadap perkhidmatan itu wajar dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggak II | ; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |