Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pincang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tempang: incut, capik, kecok, teweng, rengkat, kipa, pecok, pengkar,

2. Bersinonim dengan cacat: cacat cela, cela,

Kata Terbitan : kepincangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pincang1 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; incut; tempang: berjalan ~. 2 ada kekurangannya atau ada cacatnya; tidak spt yg sepatutnya: Mereka terpaksa mengharung hidup dlm suasana ~. 3 tidak betul perjalanannya (bkn enjin dll). kepincangan keadaan atau hal pincang; kecacatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pincang I1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Kamus Dewan Edisi Keempat
pincang1 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; incut; tempang. 2 ada kekurangannya atau ada cacatnya; tidak spt yg sepatutnya: berjalan ~. 3 tidak betul perjalanannya (bkn enjin dll). kepincangan keadaan atau hal pincang; kecacatan.Kamus Pelajar
kepincangan1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelar1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~ lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata), mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munsyi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di Pahang; 3. Mn meng-goreng (ikan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tempang(témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
selar I; tanda ~ cap atau tanda (yg dibakar dahulu sebelum digunakan); menyelar 1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~ lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata), mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munsyi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di Pahang; 3. Mn meng-goreng (ikan dll); selar-menyelar tuduh-menuduh (kata-me­ngata dll); menyelarkan membubuh (tanda) pd se­suatu: dia ~ tanda bintang pd lembu itu; selaran 1. hasil menyelar (dgn besi panas); ~ matahari keadaan merah dan melecur pd kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah matahari yg panas terik; 2. ki tuduhan, kecaman, kritik: ~ ini menyakitkan juga hati kita yg mendengarnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas