cakera suria | sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matahari | bintang besar yg menjadi pusat peredaran planet dlm cakera suria dan drnya planet-planet lain (spt bumi) mendapat cahaya dan haba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matahari I | bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
planet | /planét/ cakerawala (spt marikh, bumi) yg beredar mengelilingi matahari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
planet | (planét) sebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yg beredar mengelilingi matahari dlm sistem suria, mis Bumi, Marikh, Utarid, Zuhrah, Jupiter, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
planet | /planet/ cakerawala (spt marikh, bumi dll) yg beredar mengelilingi matahari. | Kamus Pelajar |
cakera | 1. roda: ~ putar. 2. besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertandingan sukan: lempar ~. 3. senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan, planet dsb itu beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. | Kamus Pelajar |
satelit | 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. 2 = ~ buatan alat (spt sputnik) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
satelit | 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. | Kamus Pelajar |
orbit | jalan yg diikuti oleh planet dlm peredarannya mengelilingi planet lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |