puak | 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpuak-puak | 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkaum | 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sewajarnya | 1. memang begitu halnya (keadaannya dll), sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaum | 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuhtumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marga II | 1 puak yg seasal atau yg sama keturunannya (di kalangan orang Batak). 2 bahagian daerah yg agak luas (di Sumatra Selatan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damai | 1. tidak berperang atau serang-menyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. bermuafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirundingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. membaikkan dua pihak (negara dsb) dgn menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk mencapai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg mendamaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpuak | 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reaksioner | (réaksionér) IB 1. orang (puak) yg berfaham kolot atau hendak mengembalikan keadaan yg lama (dlm politik); 2. orang yg menghalang kemajuan, orang yg kolot; 3. kolot: ia menjalankan politik yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marga II | 1. Id kelompok atau puak orang yg berasal drpd satu keturunan (di kalangan orang Batak); 2. bahagian daerah yg terdiri drpd beberapa buah dusun (Sumatera Selatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |