puji | (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, menyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tasbih I | Ar 1. puji-pujian kpd Allah (dgn me-lafazkan Subhanallah); 2. serantai manik (drpd batu dll) spt kalung utk menghitung doa (zikir): ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; 3. rosario (dlm agama Kristian); sembahyang ~ a) sembahyang sunat yg di-kerjakan dgn membaca tasbih sebanyak 75 kali pd setiap rakaat mengikut urutan (dlm agama Islam); b) berdoa dgn membilang buah tasbih (dlm agama Kristian); bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; mentasbihkan memuji-muji Tuhan, membaca tasbih terhadap (Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puji-pujian | 1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdikir | 1 mengucapkan puji-pujian kpd Allah; berdoa dgn berlagu. 2 bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertasbih | 1 membaca tasbih; melafazkan puji-pujian kpd Allah. 2 memakai atau menggunakan tasbih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdikir | 1. mengucapkan puji-pujian kpd Allah; berdoa dgn berlagu. 2. bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai. | Kamus Pelajar |
marhaban | Ar 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk memuji-muji Nabi (pd perayaan Maulidur Rasul dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertahlil | 1. melakukan tahlil: kemudian drpd selesai menyempurnakan fardu Isyak lalu ~; 2. Id nyanyian puji-pujian (dlm agama Kristian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melambungkan | 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burdah | Ar 1. sj jubah yg dibuat drpd bulu domba; 2. = zikir ~ = maulud ~ berzanji (nyanyi puji-pujian utk Nabi pd bulan Maulud). | Kamus Dewan Edisi Keempat |