punah II | sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah), entuyut (Sarawak), Tetramerista glabra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punah-ranah | rosak binasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punah-ranah | habis rosak sama sekali; ® punah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranah II | ; punah-~ habis rosak sama sekali; ® punah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punah | 1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. pemunahan perbuatan memunahkan; pemusnahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
punah | 1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. | Kamus Pelajar |
tumpas I | habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara; menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; ketumpasan perihal tumpas; tumbas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punah I | 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semuanya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemusnahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memunahkan | menjadikan punah; membinasakan sama sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjejas | rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |