Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rantau1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara).Kamus Pelajar Edisi Kedua
rantau I1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau.Kamus Dewan Edisi Keempat
rantau1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~i> di mana-mana saja 2 negeri asing (bukan negeri sendiri):<i> Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang.i> 3 daerah atau kawasan yg luas yg meliputi beberapa buah negeri:<i> Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini.i> merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~i> menjual kain.i> 2 Belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan<i> Moga-moga engkau selamat dlm ~.i> perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negeri).Kamus Pelajar
merantau1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh;Kamus Dewan Edisi Keempat
merantau1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merantau1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~<i> menjual kain.i> 2 Belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai.Kamus Pelajar
berura-ura1. sl bermesyuarat, berbincang, berunding; 2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan: pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru; negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhanyut-hanyut1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersakit-sakit1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ura-ura1. sl mesyuarat, perbincangan, perun-dingan, pembicaraan; 2. cadangan, usul: ada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama; berura-ura 1. sl bermesyuarat, berbincang, berunding; 2. merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan: pernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru; negara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera; mengura-urakan 1. = memperura-urakan membicarakan, membincangkan: akan pekerja-an ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yg mengelilingi kota ini suka juga; 2. merancang-rancangkan, mencadangkan, meng-usulkan: persidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas