rebut rampas | bermacam-macam perampasan (perompakan, penyamunan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebut | ; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebut; berebut | berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut beberapa banyak kali; berebut antara orang banyak: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling berebut: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapat sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. | Kamus Pelajar |
rebut | ; ~ rampas bermacam-macam perampasan (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling mengambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat direbut kembali oleh pasukan kita; 3. mendapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm perlumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan mengusahakan sungguh-sungguh (memperjuangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (diperebutkan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), peram-pasan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berebut-rebut | berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berebut-rebut | berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berebut-rebut | berebut beberapa banyak kali; berebut antara orang banyak: Mereka ~ menaiki bas itu. | Kamus Pelajar |
berempuh-rempuh | berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyerama | Kd berebut-rebut (utk mencapai sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rempuh | ; berempuh-rempuh berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. berempuh-rempuhan saling berebut hendak mendahului yg lain. merempuh 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. rempuhan 1 serbuan; desakan: menyelamatkan diri drpd ~ lembu. 2 langgaran: ~ maut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |