Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rik


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
audit dalam= ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul;Kamus Dewan Edisi Keempat
menganjurmengganjur, menghela, mena­rik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kem­bali, memundurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkilangan1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang;Kamus Dewan Edisi Keempat
anjur IIganjur, hela, tarik; menganjur mengganjur, menghela, mena­rik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kem­bali, memundurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhitung1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
hitungperihal membuat kira-kira (mem­baha­gi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), mem­bilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya di­hitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghi­tung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm per­kiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (me­ngira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id me­ngira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pe­kerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pen­dapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkah­winan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung.Kamus Dewan Edisi Keempat
audit(Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk mem­buktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapat­kan pandangan tentang penyata kewangan se­sebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilaku­kan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh per­akaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg di­lakukan pd sesebuah organisasi spt yg diper­untuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia­kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).Kamus Dewan Edisi Keempat
kilang I1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utama­nya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat menge­luarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, meng­himpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengi­lang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas