ringkat | Br mangkuk tingkat, mangkuk tepen, siya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berperingkat-peringkat | peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neolitik | (néolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, berternak, dan mengasah batu utk dijadikan alat kegunaan seharian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucu | keturunan peringkat kedua (iaitu seperingkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempunyai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peringkat | 1. batas yg sudah dicapai (dlm sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), tingkat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |