ruyup | 1 (kelihatan) sangat mengantuk. 2 agak gelap kerana matahari hampir masuk (terbenam). meruyup 1 tertutup kerana sangat mengantuk (bkn mata): Matanya ~. 2 turun atau masuk (bkn matahari): Mereka pulang ketika matahari sudah ~. meruyupkan memejamkan (mata). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ruyup | = meruyup 1. sangat mengantuk (berasa atau kelihatan): matanya ~; 2. turun atau masuk (matahari): matahari dah ~ apabila ia sampai; meruyupkan; ~ mata memejamkan (mata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruyup, = meruyup | 1 berasa atau kelihatan sangat mengantuk: Matanya ~ 2 turun atau masuk (bkn matahari): Mereka pulang ketika matahari sudah ~. meruyupkan memejamkan (mata). | Kamus Pelajar |
luyu | kelihatan spt mengantuk (bkn mata); ruyup: Matanya ~ kerana kurang tidur. keluyuan keadaan luyu: ~ matanya membuat dia kelihatan menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rudu I | ark mengantuk (mata), luyu, ruyup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luyu | nampak spt mengantuk (mata), kuyu, ruyup: matanya ~ memandang orang yg menegurnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluyut | 1. = berluyutan melentur ke bawah sebab terlampau berat (dahan yg terlalu lebat buahnya): dahan pokok itu ~ kerana buahnya yg sangat lebat tahun ini; 2. luyu, ruyup, kuyu (bkn mata orang yg mengantuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luyut | ; meluyut 1. = berluyutan melentur ke bawah sebab terlampau berat (dahan yg terlalu lebat buahnya): dahan pokok itu ~ kerana buahnya yg sangat lebat tahun ini; 2. luyu, ruyup, kuyu (bkn mata orang yg mengantuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pudar | 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |