pancarongga | paip yg mempunyai beberapa sambungan, spt sambungan yg membawa gas keluar masuk dr silinder: ~ ekzos cabang paip yg menghubungkan bahagian injap sesuatu enjin dgn karburetor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancarongga | paip yg mempunyai beberapa sambungan, spt sambungan yg membawa gas keluar masuk dr silinder: ekzos cabang paip yg menghubungkan bahagian injap sesuatu enjin dgn karburetor. | Kamus Pelajar |
sambungan | apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih panjang dll; tambahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sambungan | 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambungan hujung | Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambungan komunikasi(communication link) | Hubungan fizikal antara suatu kedudukan dengan kedudukan lain dalam sistem komunikasi, yang berfungsi untuk memindahkan data. | Kamus Komputer |
sambungan(extension) | 1. Ciri tambahan yang ditokok pada perisian dan/atau perkakasan untuk meningkatkan ciri sistem. 2. Kod tambahan yang diletakkan pada hujung nama fail untuk memberitahu sistem pengendalian jenis fail yang digunakan. | Kamus Komputer |
sambungan | apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih panjang dll; tambahan. | Kamus Pelajar |
antara muka | (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambar rajah pengkabelan(cabling diagram) | Gambar rajah skema yang menunjukkan kedudukan fizikal dan sambungan kabel di antara sistem. Gambar rajah ini digunakan sebagai rujukan untuk memasang atau memperbaiki sambungan kabel dalam sistem. | Kamus Komputer |