kirim tabik | sampaikan salam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertumpang salam kpd | sampaikan salam kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wasiat I | kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal; berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar telah ~ kpd Usamah dan tenteranya; mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris, mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian harta; pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersukacita | bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira: sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segera-segera | sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggembirakan | 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjelas-jelas | berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segera | tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbolik | berkaitan dgn lambang, sbg lambang, menjadi lambang: ia terkenal dgn rumah adat bergonjong berwarna-warni, ~ drpd seni bangunan Minangkabau; hadiah itu disampaikan secara ~ kpd menteri; cerita ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukacita | senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira: sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~; menyukacitakan menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa mencari jalan yg ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |