sangat | 1 kata yg digunakan utk menyatakan perbandingan yg tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangat | 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangat-sangat | 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangat-sangat | 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidamkan | 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidam-idamkan | 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidamkan | , mengidam-idamkan 1 sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2 sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teruk | 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syok | 1 sangat menarik hati; sangat memuaskan hati. 2 sangat tertarik hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idam | keinginan hendak makan sesuatu (terutamanya ttg perempuan yg sedang mengandung). mengidam ingin hendak makan sesuatu: Isterinya ~. mengidamkan, mengidam-idamkan 1 sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2 sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya. idaman apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |