topang I | sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga I | benda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah; ~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~ mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; penyangga benda yg digunakan utk menyang-ga (menopang, dll): ~ senapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga | , = penyangga benda yg diĀgunakan utk menopang atau utk meĀnahan sesuatu dr bawah. bersangga ada sangganya; ditopang atau ditahan dgn sesuatu. menyangga menopang atau menahan dgn sesuatu dr bawah; menyokong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangga V | Kd; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga IV | Jw ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga III | Kl 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga berduri | sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga II | ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga tuas | benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangga penetap | perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); | Kamus Dewan Edisi Keempat |