Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seikat

Puisi
 

Alang manis buah rambut,
     Dalam seikat masak sebiji;
Alang manis senyuman mulut,
     Dalam kampung payah kucari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sekebat bagai sirih.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serongkolseikat, seberkas;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuncitseikat (seberkas) rambut yg berjalin (beranyam) atau tidak yg dibiarkan tumbuh panjang, kucir, tocang.Kamus Dewan Edisi Keempat
segepukseikat (wang kertas dll), segabung, seberkas;Kamus Dewan Edisi Keempat
unting Iseikat atau segabung (bkn tali, benih padi, dll), seberkas; unting-unting rumbai-rumbai pd layang-layang; berunting merupakan unting (berkas).Kamus Dewan Edisi Keempat
seruntaisegugus, seikat (buah-buahan);Kamus Dewan Edisi Keempat
serempungseberkas, seikat, setangkai (buah-buahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
sejeratMn seikat, seberkas;Kamus Dewan Edisi Keempat
runtai; seruntai segugus, seikat (buah-buahan); meruntai bergantung terayun-ayun, ber­jun­tai; ® untai.Kamus Dewan Edisi Keempat
rongkolark; serongkol seikat, seberkas; berongkol berikat-ikat, berberkas-berkas.Kamus Dewan Edisi Keempat
rempung; se~ seberkas, seikat, setangkai (buah-buahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas