Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sejarah1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejarahanperihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejarah1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangkut paut1. hubungan atau kaitan (dlm beberapa perkara dll): ceritanya itu ada ~nya dgn sejarah; 2. kena-mengena (dlm hal kekeluargaan dll), bertalian: orang itu tidak ada ~ dgn kita; 3. kaitan hutang-piutang (bayar-membayar); bersangkut paut ada kena-mengena, ber­kaitan (dgn), bertalian (dgn): karangan hendaklah drpd perkara-perkara yg ~ dgn pekerjaan yg dibuat; menyangkutpautkan menjadikan kait-me-ngait, melibatkan, mengaitkan: banyak toh-mahan dan cerita karut yg ~nya dgn projek-projek kerajaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
fikrahAr daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah sosial dan politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkaian1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejarahanperihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencarian1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti;Kamus Dewan Edisi Keempat
riwayatAr 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis.Kamus Dewan Edisi Keempat
jiranorang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas