Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.yam] | سمايم

Definisi : ; bersemayam bd 1. duduk (di atas takhta, singgahsana): pd ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yg keemasan; 2. tinggal, berke-diaman di: maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau; menyemayami bersemayam di, berke­diaman di, mendiami: hari ini hanya tinggal enam buah istana sahaja yg masih wujud dan tiada sebuah pun yg disemayami oleh raja; menyemayamkan mendudukkan (di atas takhta, singgahsana): maka disambut oleh temenggung tangan baginda dan dise­mayam-kan ke atas singgahsana takhta kerajaan; persemayaman tempat-tempat bersema­yam (duduk, tinggal): Shah Alam ialah tempat ~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.yam] | سمايم

Definisi : , = bersemayam 1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. persemayaman tempat bersemayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semayam
Kata Terbitan : bersemayam, persemayaman,

Puisi
 

Mati dipanah raja bestari,
     Raja semayam di dalam kota;
Kalau dipinang ayahnya tak beri,
     Bolehlah adik pergi berkira.


Lihat selanjutnya...(2)