bersendi-sendi | 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendi I | 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat bersambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi bersendi. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersendi | , bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyendi | 1 memberi bersendi. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daripada | 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendi I | 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daripada | 1. kata sendi utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: <i>Kain ini dibuat ~ benang sutera.i> 2. kata sendi utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: <i>Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia.i> 3. kata sendi yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): <i>Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu.i> 4. kata sendi yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim):<i>Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya.i> 5. kata sendi yg menunjukkan perubahan: <i>Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%.i> 6. kata sendi yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: <i>Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh.i> | Kamus Pelajar |
sendi II | 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan mendasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |