seni bina aliran data(dataflow architecture) | Seni bina komputer yang melibatkan beberapa pemproses yang bebas daripada sebarang bentuk pemprosesan siri. Setiap pemproses hanya bertugas apabila data wujud daripada pemproses lain dan berkongsi hasil pemprosesannya dengan pemproses lain apabila selesai memproses. | Kamus Komputer |
seni bina tertuju objek(object-oriented architecture) | Seni bina komputer yang mempunyai komponen seperti proses, fail, pengendalian I/O, cakera, dan lain-lain yang diwakili sebagai objek yang boleh diolah. | Kamus Komputer |
barok | gaya yg halus dan indah, terutamanya dlm seni bina, seni lukis, muzik dsb, yg sangat popular di Eropah pd abad ke-17 dan ke-18. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakral | (Ant) berkaitan dgn atau utk upacara suci: unsur ~ atau magis akan menyentuh jiwa atau semangat pendukungnya; kita harus melihat bagaimana orang Barat menggunakan trans-formasi bahasa seni bina ~ kpd seni bina lain di negaranya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuding suruhan(instruction pointer) | 1. Penuding atur cara yang digunakan dalam beberapa seni bina mikropemproses. 2. Daftar yang menunjuk pada alamat ingatan yang mengandungi suruhan yang akan dilaksanakan dalam atur cara mesin. Dalam seni bina mikropemproses, penuding suruhan dan penuding atur cara ialah dua daftar yang berasingan. | Kamus Komputer |
seni bina sistem(system architecture) | Struktur jasmani dan kaitan antara komponen-komponen yang membentuk sistem. | Kamus Komputer |
seni bina papan hitam(blackboard architecture) | Reka bentuk sistem pakar yang menggunakan pangkalan data sejagat terpusat yang boleh dicapai oleh proses cerdas. Pangkalan data ini berfungsi sebagai ingatan kerja untuk menyimpan senarai tindakan yang boleh dipilih oleh sistem kawalan. | Kamus Komputer |
seni bina komputer(computer architecture) | Struktur jasmani komputer, seperti cara penyambungan, antara muka pengendalian dalaman, bentuk interaksi, dan kaitan di antara komponen. | Kamus Komputer |
fungsionalisme | prinsip dlm seni bina, reka bentuk dsb yg menekankan bahawa bentuk sesuatu bangunan dsb hendaklah ditentukan oleh fungsi dan kegunaannya: falsafah ~ boleh dikatakan berasal drpd ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hirisan(slice) | Sejenis seni bina cip litar bersepadu yang membolehkan penggabungan atau penindanan cip lain untuk meningkatkan saiz bit kata mikropemproses. | Kamus Komputer |