Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senyap1 = ~ sunyi tidak kedengar­an apa-apa; tidak berkata-kata; sunyi se­kali; sepi: Apabila Guru Besar datang, ka­mi semuanya ~. 2 tidak sibuk (bkn perniagaan, jalan raya dll); lengang. 3 tidak diperkatakan atau tidak dibicarakan lagi: Perkara itu akhirnya ~ begitu saja. senyap-senyap 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. menyenyapkan menjadikan senyap; mengheningkan. penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising pd ekzos, senapang dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diam I1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
senyap-senyap1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senyap-senyap1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~ dia masuk ke biliknya lalu tidur.Kamus Pelajar
senyap1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sirap IVJk 1. senyap, sunyi; 2. tidak ber­panjangan atau berlarutan, kebah (demam), padam (api), reda; 3. pukau (sj mantera utk menidurkan orang); menyirap 1. meredakan, memadamkan; 2. memukau (supaya orang tertidur atau terus tidur).Kamus Dewan Edisi Keempat
senyap1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~ dia masuk ke biliknya lalu tidur.Kamus Pelajar
sunyi1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, me­nyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama­lama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, ke­lengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun­-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sunyi 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu? ~ senyap sunyi sekali.Kamus Pelajar
sembunyi; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sem­­bunyian bermain menyorok dan men­cari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (me­nutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), me­rahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyi­kan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas