Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berseorangdgn cara seorang-seorang; seorang diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berseorangandgn cara seorang-seorang; seorang diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berseorang1. dgn cara se­orang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berseorangan, berseorang 1. dgn cara se­orang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlarah-larahansl bertukar ganti (lepas seorang, seorang), berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
larah I; berlarah-larahan sl bertukar ganti (lepas seorang, seorang), berturut-turut: mereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan dan ~; melarah mengambil giliran (utk menari dll); dilarah menari diajak menari.Kamus Dewan Edisi Keempat
masing-masingtiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
masing; masing-masing tiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usai1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
demi1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas