mil | ukuran jarak sepanjang 1,760 ela; batu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mil | ukuran jarak sepanjang 1,760 ela; batu. | Kamus Pelajar |
selama | 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setahu | 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seturut | 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setahu | 1. sepanjang (sebanyak) yg dimakĀlumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senafas | 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telusur | ; menelusur bergerak atau berjalan di sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Pihak polis ~ di sepanjang sungai utk menjejaki bukti kejadian bunuh itu. menelusuri 1 mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Mereka ~ sungai itu utk ke tempat yg dijanjikan. 2 menjejaki sesuatu peristiwa, cerita dsb: Mereka cuba ~ sejarah ttg peristiwa pahit itu. 3 mengikuti atau selaras dgn perkembangan atau kemajuan sesuatu: Kemajuan pendidikan sedang ~ era teknologi komunikasi yg serba canggih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rantau | 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |