sepekan | seminggu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warta sepekan | Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warta sepekan | majalah mingguan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berita sepekan | majalah mingguan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warta | berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan; ~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali; ~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin; mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai; terwarta telah diwartakan: teks ~; pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan; pewarta orang yg memberitakan, pemberita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berita | 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |