Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berjalan-jalanbersiar-siar dgn berjalan kaki:Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman.Kamus Pelajar
berjalan-jalan1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjalan-jalan1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalan1. tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll:~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2. ikhtiar; cara; akal:Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu.. 3. gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1. bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2. bergerak dr satu tempat ke satu tempat:Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3. berlangsung; berlaku:Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan bersiar-siar dgn berjalan kaki:Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb);mengalami:Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1. mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2. mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1. hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~nya ke sekolah tadi. 2. cara berjalan (bergerak):Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3. aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki.Kamus Pelajar
jalan1. tempat lalu lintas (utk orang, ken­deraan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): se­lamat ~; ~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak ber­sambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pe­ngajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyim­pang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg ter­letak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan ken­deraan; ~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~ prb mem­punyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya; sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara se­ibu; berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan; ~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (ber­sikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai; berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi; jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm per­jalanan; perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; penjalan ark 1. (orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; 2. orang yg suka berjalan; pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas