Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
retorik(rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas