kerancak-rancakan | sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aga II | angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu; beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri; mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya; keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yg punya; peraga ® raga III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagak | 1 gaya atau tingkah laku yg menunjukkan keangkuhan atau kesombongan: ~nya spt orang bijak pandai. 2 tak ubah spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil. berlagak 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. melagakkan memperlihatkan dgn sombong: Dia ~ kereta barunya seolah-olah dia sajalah yg berkereta. pelagak orang yg suka berlagak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bongkak | pongah, sombong, angkuh: kau jangan takbur dan ~;kebongkakan perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagak | 1. gaya atau tingkah laku yg menunjukkan keangkuhan atau kesombongan: ~nya spt orang bijak pandai. 2. tak ubahnya spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil. berlagak 1. berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2. berkelakuan spt; bersikap seolah-olah:Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. melagakkan memperlihatkan dgn sombong: Dia ~ kereta barunya seolah-olah dia sajalah yg berkereta. pelagak orang yg suka berlagak. | Kamus Pelajar |
kocak II | 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkuh | suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tagar I | (bunyi) guruh (guntur): maka sorak orang pun gemuruhlah spt ~ di langit bunyinya; bagai ~ di Pulau Sembilan prb percakapan yg terlalu tinggi lagi sombong;bertagar berbunyi spt guruh, gemuruh, berdegar-degar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkuh | suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. | Kamus Pelajar |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |