spekulasi /spékulasi/ | pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak. | Kamus Pelajar |
spekulasi | (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi | /spékulasi/ 1 pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak: Permintaan wang utk tujuan ~ lebih bermotifkan keuntungan. 2 pendapat, kesimpulan, dugaan dll yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta: Itu merupakan ~ yg menjadi cabaran kpd pasukan merah kuning utk membuktikan keunggulannya sbg penyandang Piala Malaysia. berspekulasi membuat spekulasi: Saya tak ingin ~ lebih lanjut lagi ttg perkara itu. menspekulasikan menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuahkan hasil spt yg dispekulasikan. penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spekulatif | (spékulatif) 1. dgn pemikiran semata-mata, secara teori, berdasarkan atau bersifat spekulasi (tidak berasaskan faktafakta); 2. bersifat spekulasi (dgn mengadu untung sahaja), berasaskan harapan akan memperoleh keuntungan besar walaupun terpaksa menanggung risiko (bkn kegiatan jual beli). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penspekulasi | orang yg membuat spekulasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berspekulasi | membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menspekulasikan | menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuahkan hasil spt yg dispekulasikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penspekulasi | orang yg membuat spekulasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulator | (spékulator) orang yg membuat spekulasi (dlm pasaran saham dsb) dgn harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulatif | /spékulatif/ bersifat spekulasi; berdasarkan spekulasi semata-mata: Ini tentulah soalan yg ~. Kesanggupan menanggung risiko telah memberikan keuntungan yg besar kpd pelabur walaupun saham yg dipegang ialah saham yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |