Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudilah

Puisi
 

Buah pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau hayatku salah ada,
     Sudilah juak bunga terpakai.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cuba1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
kiranya1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silakanlahminta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
silakanminta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
silalahminta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
kira; kiranya 1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. 2 = sekiranya kalau; seandainya: Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. kira-kira 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). berkira-kira 1 bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2 berfikir-fikir; menimbang: Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. mengira 1 menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll): Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3 mempedulikan; mengendahkan: Tujuannya adalah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum. terkira dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. kiraan 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. perkiraan hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang itu cukup. pengiraan hal atau perbuatan mengira. pengira orang yg mengira; penghitung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sila I= silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; menyilakan, mempersilakan meminta (men­jemput, mengajak) dgn hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersila­kan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan; tersila terserah (terpulang) kpd.Kamus Dewan Edisi Keempat
memaafkanmengampunkan kesalahan (ke­silapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kirakiranyab 1. hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. 2 = sekiranya kalau; seandainya:Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. kira-kira 1. lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2. =ilmu~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). berkira-kira 1. bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2. berfikir-fikir; menimbang:Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. mengira 1. menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll):Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2. membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3. mempedulikan; mengendahkan:Tujuannya ialah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum. terkira dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. kiraan 1. hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2. taksiran (bkn buruk baiknya); pertimbangkan:Pd ~nya anak itu sudah cukup besar. perkiraan hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang yg dibawa itu cukup utk membeli barang-barang keperluannya. pengiraan hal atau perbuatan mengira. pengira orang yg mengira; penghitung.Kamus Pelajar
memintamenyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas