melipat | 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencana | 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: perkara ini termasuk dlm ~ yg akan kita rundingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu sekarang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru bacakan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, huraian, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipat | 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |