Definisi : 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : beduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. pertabalan perbuatan atau hal bertabal. penabalan perbuatan menabalkan; penobatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)