Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tak mungkirtak salah; tak keliru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengakhiran tak normal tak boleh pulih(unrecoverable abnormal ending)Lihat aben tak boleh pulih.Kamus Komputer
bena/béna/ peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengendali pelengkap(complementary operator)Peranti logik seperti TAK, TAK DAN, dan TAK ATAU yang berfungsi memberi output yang merupakan songsangan kepada output pengendali biasa.Kamus Komputer
hinggutgoyang, goncang; tak usah ~, tak tercabut prb sesuatu yg sukar dikerjakan; menghinggut menggoyang atau menggon­cang (pokok dll); terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, (ber­­ge­rak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak.Kamus Dewan Edisi Keempat
traark Id, bp tak; ~ usah tak usah.Kamus Dewan Edisi Keempat
solak Isuka: tuan tak ~, saya tak sudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lelap1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunjung IIMn lekas, segera, mungkin; tak (tidak) ~ tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi; tak ~ datang tidak segera (mungkin) datang; tak ~ padam; tidak ~ tiba; tak ~ tidak tentu, pasti; api nan tak ~ padam semangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam­-padam).Kamus Dewan Edisi Keempat
mungkir1 tidak menepati (janji dll); menolak perjanjian; tidak setia: Sesiapa yg ~ akan janjinya tidak akan saya percayai janjinya lagi. 2 tidak mengakui; tidak mengiakan: Ia tetap ~ akan kesalahan-kesalahannya itu. 3 salah; keliru: tak ~ tak salah; tak keliru. memungkiri 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas