gubang II | ark takuk-takuk pd pokok utk memudahkan orang memanjat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takah I | takik, takuk; bertakah-takah bertakuk-takuk: dia terus menuruni tanah bukit yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takuk | takik yg agak dalam pd batang pokok dan digunakan sbg tempat berpijak ketika memanjat. bertakuk mempunyai takuk; ada takuknya. menakuk memarang batang pokok utk membuat takuk; menakik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takuk | takik yg agak dalam pd batang pokok dan digunakan sbg tempat berpijak ketika memanjat. | Kamus Pelajar |
takuk | bertakuk mempunyai takuk; ada takuknya. | Kamus Pelajar |
takuk-takak | berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takuk | menakuk memarang batang pokok utk membuat takuk; menakik. | Kamus Pelajar |
rakuk | Mn takik, takuk; berakuk bertakik, bertakuk; membuat titian ~ prb mencelakakan orang dgn tipu muslihat; merakuk-rakuk membuat takik atau takuk beberapa kali: Azman sampai di hadapan ibunya, lalu ~ sekeping papan dgn sebilah pisau yg dipegangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takik | takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik; bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk; menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), menakuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatannya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb, Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu; tertakik menakik atau ditakik dgn tidak sengaja: jika salah-salah ayun, kapak tergelincir sasaran dan betis pula yg ~; takikan 1. hasil drpd perbuatan menakik; 2. takuk yg dibuat utk memudahkan orang berpijak, takukan;penakikan 1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan; 2. perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan; penakik 1. orang yg menakik (menakuk), penakuk; 2. orang yg menakik (menoreh), penoreh, penyadap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takuk | 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, peringkat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka; ~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg dipahat prb, Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim; menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |