Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanah rayabenua;Kamus Dewan Edisi Keempat
sirah IMn merah: matanya itu ~ spt bunga raya; tanah ~ kubur yg baharu; tersirah; mendapat tanah ~ ki a) mati; b) menjumpai mayat yg telah ditanam.Kamus Dewan Edisi Keempat
genting I1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanah I1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuang­kan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tem­pat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian per­mu­kaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak ber­tiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma ru­mah ~ berdindingkan tanah liat atau ta­nah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercam­pur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusaha­kan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kera­jaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id baha­gian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau di­usahakan orang; ~ kuburan (mati, perku­buran) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perse­orangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (per­kuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ me­nan­jung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengan­dung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah ke­punyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya ter­letak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk semen­tara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sung­guh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan ber­temu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesai­kannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; me­nimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan ke­padanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seberang1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (di­seberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat me­nyeberang (di sungai, jalan raya, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
gelang-gelang1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kereta api bawah tanah(sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebuntanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengu­rus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.Kamus Dewan Edisi Keempat
karunorang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg ter­pendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat ke­untungan besar dgn tidak bekerja susah-susah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sagu hatia) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas