Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bang] | تبڠ

Definisi : bertebang sudah dipotong (pokok kayu dll); menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; ~ tebas = ~ menebas memotong segala jenis pokok utk bercucuk tanam dll; hendak ~ merebahkan, hendak mencencang memu­tuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yg lain; tebangan 1. hasil drpd menebang; 2. apa yg ditebang; 3. cara menebang; penebangan 1. perihal menebang; 2. tempat menebang (pokok kayu); penebang 1. alat utk menebang (spt kapak, beliung, dll); 2. orang yg (kerjanya) menebang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bang] | تبڠ

Definisi : burung ~ mentua sj burung, burung torak, Rhinoplax vigil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bang] | تبڠ

Definisi : ; bertebang sudah dipotong (bkn pokok dll). menebang me­motong pokok dll supaya tumbang: ~ pohon kelapa. penebangan perbuatan atau hal menebang (pokok dll). penebang 1 alat spt kapak dll yg digunakan utk menebang. 2 orang yg kerjanya menebang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebang
Kata Terbitan : menebang, penebang, penebangan,

Puisi
 

Tebang kayu buatkan sampan,
     Sampan dibuat siap kemudi;
Ikan mati kerana umpan,
     Manusia mati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(22)