nanang | Mn berfikir dalam-dalam, tafakur, termenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teresap | sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalam I | 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dangkal I | 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik; mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal; kedangkalan perihal dangkal: memang ternyata ~ pemikiran itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di I | 1. kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll: ketika cuti sekolah, Busu lebih suka duduk ~ rumah drpd berjalan-jalan; ~ atas; ~ bawah; 2. pada, dalam: wajah Mawi terbayang ~ mata Aini; ~ hari kemudian; 3. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air datang dr sungai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluar dalam | = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluar | sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapet | /tapét/ ist bahagian enjin (terutamanya pd enjin pembakaran dalam) yg berputar utk menghantar gerakan dr aci ke injap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radiokarbon | sj karbon yg radioaktif yg terdapat dlm bahan organik, biasanya digunakan sbg penyurih utk menentukan struktur dalaman, mis sistem dlm tubuh, atau menentukan usia sesuatu bahan organik kuno. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selam I | ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan memusingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, memeriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, terbenam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg diselamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |