dampar | ; mendampar mengalir ke pantai (bkn air laut), menghempas (bkn ombak), membanting, memukul (pantai): ombak ~ ke pantai; mendamparkan menghempaskan (ke pantai, darat, dll), melemparkan, mencampakkan: setelah berhari-hari terapung-apung di laut, perahu itu pun didamparkan ombak ke pantai; terdampar tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas (bkn perahu dll): sebuah perahu ~ di pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhanyut-hanyut | 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderau-derau | 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderau | , menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derau I | bunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderau-derau | , menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderau | , berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olang | ; olang-aling bergerak atau berayun ke kiri ke kanan (bkn perahu yg dipukul ombak dll). mengolang-alingkan menggerakkan (perahu dll) ke kiri ke kanan: Ombak yg besar ~ sampan yg kecil itu. terolang-aling terayun-ayun ke kiri ke kanan (bkn perahu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
apung | 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = terapung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan drpd kerajaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbang-ambing | ; mengumbang-ambingkan 1. menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak dll), mengapung-apungkan turun naik; 2. ki menjadikan tidak tenang (fikiran dll), menjadikan bergelora (perasaan): sementara aku diumbang-ambingkan perasaan kacau, terdengar bunyi pintu diketuk orang; terumbang-ambing 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya ~; keterumbang-ambingan keadaan yg ter-umbang-ambing: malah mereka sendiri meng-hadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti; perumbang-ambingan perihal terumbang-ambing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |