Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.buang.buang] | تربواڠ-بواڠ

Definisi : tersia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuang-buang

Puisi
 

Nak ruang tidak teruang,
     Benang sutera di dalam buluh;
Hendak buang tidak terbuang,
     Sudah mesra di dalam tubuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbuang-buangtersia-sia;Kamus Dewan Edisi Keempat
sia; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buang; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bazir; membazir berlebih-lebihan sehingga terbuang: kenduri kahwin yg dibuat secara besar-besaran adalah ~ saja;membazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga;pembaziran perbuatan membazir(kan) (wang, masa, tenaga, dsb): ~ air berlaku di kebanyakan rumah; ~ sifar tidak berlaku sebarang pembaziran;pembazir orang yg suka membazir(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
membazirkanmenggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga;Kamus Dewan Edisi Keempat
campak Ibuang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuang­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil.Kamus Dewan Edisi Keempat
mubazir1 terlampau banyak menggunakan (membeli dll) sesuatu sehingga terbuang; berlebih-lebihan; membazir. 2 orang yg suka membuang-buang; pemboros. memubazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; membazirkan; memboroskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mubazir1 terlampau banyak menggunakan (membeli dll) sesuatu sehingga terbuang; berlebih-lebihan; membazir. 2 orang yg suka membuang-buang; pemboros. memubazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; membazirkan; memboroskan.Kamus Pelajar
bunga I1. bahagian tumbuhan utk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum: ~ jambu; ~ melati; ~ raya; 2. lukisan (pd kain dll); ~ pamor lukisan pd keris kerana waja putih yg ditempa pd bilah keris; 3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yg rupanya spt hiasan (ukiran atau corak); 4. = ~ wang bayaran (tambahan) yg dikenakan ke atas atau diperoleh drpd wang yg dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang: ~ yg dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu; 5. ki sesuatu yg dianggap cantik (indah dll) yg dapat disifatkan spt kembang: kecantikan parasnya sudah cukup utk menjadikan dia ~ majlis dlm perkumpulan; 6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dll: pengetahuan yg diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan; ~ angin ribut permulaan; ~ api a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; ~ baki hutang (Eko) bunga atau bahagian pinjaman yg belum dilunaskan; ~ bangsa pemuda harapan bangsa; ~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pd kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dll; ~ betina bunga yg berpistil sahaja; ~ biasa = ~ tepat bunga mudah yg dikira berdasarkan 360 hari setahun; ~ bibir a) kata-kata yg manis; b) buah mulut; ~ buatan bunga yg dibuat drpd kertas (plastik dll); ~ butang sj tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora; ~ dua jantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg sama; ~ dulu betina bunga yg pistilnya lebih dahulu masak drpd stamen; ~ dulu jantan bunga yg stamennya lebih dahulu masak drpd pistil; ~ jantan bunga yg berstamen; ~ karang sj tumbuh-tumbuhan pd karang; ~ kehidupan kesenangan hidup; ~ kekasar sj tumbuhan (pokok yg berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale; ~ kertas a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; ~ ketar bunga kertas pd dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan); ~ kuku bahagian yg putih pd pangkal kuku; ~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan utk perhiasan kundai (sanggul, sisir); ~ lagu patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; ~ (se)lengkap sekuntum bunga yg mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil; ~ mas a) bunga yg dibuat drpd emas; b) sj bunga drpd emas yg dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sbg ufti kpd raja Siam; ~ mudah (Eko) bunga yg dikira dgn mendarabkan kadar bunga tahunan dgn jumlah pokok; ~ padi a) bunga pokok padi; b) sj jahitan; ~ pasir pasir halus-halus yg terapung di permukaan air; ~ pending tepi pd bakul; ~ rampai a) beberapa jenis bunga harum yg dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dgn daun pandan yg dihiris halus halus; b) kumpulan cerita yg baik-baik; c) lagu-lagu pilihan; ~ raya a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; ~ sejantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg berlainan; ~ sena a) bunga pokok sena; b) Kl nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pd masa membuat gula melaka); ~ serunai a) bunga teluki; b) sj tumbuhan yg berbunga kuning, Weldelia biflora; c) Ml cincin yg dibawa sewaktu pergi meminang sbg tanda bertanya; ~ sinar ranggi pd jenis bunga matahari; ~ sirih Pl sirih pengantin; ~ tanah lapisan tanah sebelah atas yg subur; (akar) ~ tanjung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; ~ telur telur yg dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dgn hiasan bunga atau diberi berbekas); ~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini; ~ dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang); ~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci); ~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua); ~ kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar; ~ yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya; ~ yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh; buang ~ ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang; di mana ~ yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki; kalau dicampak ~, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan; laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi; laksana kera dapat ~ prb tiada dapat menghargai barang yg bagus; lempar ~ dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; sayang ~ layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua; sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak; umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang; spt ~, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dll);bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; berbunga 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; membunga 1. menyerupai bunga; 2. membuat corak timbul (pd getah keping) dgn menggunakan mesin; membungai 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; membungakan meminjamkan dgn syarat mendapat bunga: ~ wang; memperbungakan membungakan (wang); kebungaan bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas