terbukti | telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbukti | ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbukti | telah nyata kerana ada bukti-buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. | Kamus Pelajar |
sabit II | Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbeti | terbukti, ada bekasnya: sah kata adat, apabila tertanda ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan uji | (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin;` | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mujarab | Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan penyakit dsb; kemujaraban perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan uji | a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecenaan | sudah ada tandanya (buktinya), sudah terbukti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teori | 2 prinsip yg terbukti kebenarannya dan dijadikan sbg dasar perkembangan sesuatu ilmu: ~ graviti; ~ kinetik. | Kamus Pelajar |