terpedaya | tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar |
tersemu | terpedaya: terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertawan hati | ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpukau | 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjerat | 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpukau | 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengabui | 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penĀduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumpan | 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. | Kamus Pelajar |
umpan | 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. | Kamus Pelajar |
terperangkap | 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |