terpercik | terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang, ~ ke muka sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpercik | 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembur | 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembur II | Tr terpercik: habis ~ air dlm pasu bila putik kelapa jatuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersimbur | 1. tersimbah (tersembur) dgn tibatiba, tiba-tiba menyimbur, terpercik: tergeger kena rebas, ~ kena percik; 2. ki tersirap (darah), naik marah, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap roda | Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percik | titik-titik air yg berhamburan ke sana ke mari; recik. memercik berhamburan merata-rata (bkn air dll): Apabila kereta lalu, air di jalan itu ~ pd pakaian kami. memerciki memercik pd: Bajunya basah kerana diperciki air. memercikkan menyebabkan sesuatu memercik; merenjiskan (sesuatu): Dia ~ air mawar ke bajunya. terpercik terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang, ~ ke muka sendiri. percikan 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simbur | ; bersimbur 1. = menyimbur menyimbah air dll dgn tangan, menyembur ke atas (air dll); 2. ki disaput (oleh malam, gelap), diselubungi; bersimbur-simbur, bersimbur-simburan saling menyimbah dgn air (ketika mandi bersama dll), saling memercik: sambil mandi dan berkejar-kejar itu kami ~-simburan air pula; menyimbur menyimbah (memercik, menyiram) dgn air; menyimburi memerciki, menyirami; tersimbur 1. tersimbah (tersembur) dgn tibatiba, tiba-tiba menyimbur, terpercik: tergeger kena rebas, ~ kena percik; 2. ki tersirap (darah), naik marah, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap | 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keboleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percik | titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |