Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jarang I1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu).Kamus Dewan Edisi Keempat
kendur1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (te­gang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menye­babkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengen­dur atau mengendurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedap udaratidak dpt dimasuki udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedap airtidak dpt dimasuki air;Kamus Pelajar Edisi Kedua
waterprufbp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
serau Itidak rapat (barang tenunan), kurang kedap, jarang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedap1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahan airtidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedap I1. sangat rapat (bkn anyaman, tenun­an, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara).Kamus Dewan Edisi Keempat
kedap1. sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2. tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas