tambak | 1 timbunan tanah dll utk menahan air; bendung. 2 jalan dsb drpd timbunan tanah dll yg dibina menyeberangi selat dll: ~ Johor. menambak 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. penambakan perihal atau perbuatan menambak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambak I | 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak membuat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggokkan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn tanah, melepa, menampali; 4. membina tambak pd, membuat benteng pd, membentengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), membendungi; ~ gunung menggarami laut prb memberi pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unggunan | 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susunan | 1. timbunan (barang) yg bertindih-tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat I | 1 timbunan tanah dll utk menyekat pengaliran air; bendung; empangan. 2 kolam dsb tempat memelihara ikan; balong. menebat 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 membuat kolam ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbun | kumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan sesuatu bersusun-susun hingga merupakan tompokan; melonggokkan; menompokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. penimbun 1 pasir, tanah dll yg ditimbunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unggun | , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbunan | 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbunan | 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unggun, | 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. | Kamus Pelajar |