Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tinjau-meninjau 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tinjau I~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip.Kamus Dewan Edisi Keempat
tinjau-meninjau1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada;Kamus Dewan Edisi Keempat
tinjau; meninjau 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. tinjauan hasil meninjau; pandangan. peninjauan perbuatan atau hal meninjau. peninjau orang yg meninjau: askar ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tinjau; meninjau1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu.Kamus Pelajar
karang I1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas