Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keseluruhan jasad; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,

Puisi
 

Bukit Tetagun Pulau Jerjak,
     Singgah semalam Padang Mat Sirat;
Tubuh tembun badan pun segak,
     Mahu orang tak terpikat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dua badan senyawa.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tegap I1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguh­kan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ ber­diri­nya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
jasmaniAr 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sa­haja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.Kamus Dewan Edisi Keempat
mandi1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tubuh badankeseluruhan jasad;Kamus Dewan Edisi Keempat
mayattubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berurutmembiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sendiri1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. ke­bersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sen­­diri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendi­rian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermandimembersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahuluKamus Pelajar Edisi Kedua
lunjurpanjang tubuh badan dr kaki hingga ke kepala ketika berbaring: Berapa panjang ~, begitulah selimut. berlunjur meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. melunjurkan menghulurkan (kaki) ke depan. terlunjur terhulur ke depan (ttg kaki); terbaring mengunjur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gempal(bkn tubuh badan) padat berisi; sedang gemuknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas