[tu.mang] | تومڠ
Definisi : sj pancang utk menyangga sesuatu (dijadikan tambatan khemah, kerbau, dll): tercabut ~ disentak oleh kerbau itu; ~ tungku ganjal yg diletakkan di atas tungku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.mang] | تومڠ
Definisi : ; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; tumang-menumang, tumang-menumangkan 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.mang] | تومڠ
Definisi : pancang kecil utk menyangga sesuatu (spt utk menambatkan tali khemah dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)